fbpx

Aliran trafik Lembah Klang bergerak perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Aliran trafik pagi ini dilaporkan bergerak perlahan di beberapa laluan.

Berdasarkan laporan trafik Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) katanya, setakat pukul 8.09 pagi ini di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas)@E5 trafik bergerak perlahan dilaluan Seafield ke susur keluar Persimpangan Kewajipan.

Keadaan sama juga dilihat berlaku di Sungai Besi dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Sukom.

Sementara itu di Lebuh Raya Damansara-Puching (LDP)@E11 pula, keadaan trafik bergerak perlahan di laluan Black small square Kampung Baharu Puchong ke Puchong Intan
Black small square Plaza Tol PJS ke FHR2.

Di Lebuh Raya SILK@E18 pula, keadaan trafik dilaporkan bergerak perlahan di laluan Black small square Cheras Jaya ke Balakong dan Black small square Tanming Jaya ke Mines.

Trafik juga bergerak perlahan di laluan dari Persimpangan Telekom ke Pusat Bandar di Lebuh Raya Cheras-Kajang @E7. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI