fbpx

Aliran trafik lancar di daerah Kuala Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik di daerah Kuala Muda masih lancar pada petang ini.

SUNGAI PETANI – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara- Selatan dalam daerah Kuala Muda menghala ke utara dalam keadaan lancar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menjangkakan jumlah kenderaan akan bertambah pada malam ini.

“Kenderaan mungkin bertambah pada malam ini memandangkan penduduk di kawasan selatan masih bekerja hari ini.

“Anggota polis trafik dalam keadaan bersedia untuk memastikan kelancaran trafik jika berlaku kesesakan nanti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Katanya, jumlah kenderaan di jalan persekutuan dan negeri pula berlaku sedikit peningkatan berbanding hari biasa dan polis akan turut membuat pemeriksaan ke atas kenderaan secara rawak bagi memastikan hanya mereka yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin dibenarkan merentas negeri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI