fbpx

5,410 dos penggalak diberikan kepada petugas kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 5,410 pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 telah diberikan kepada petugas kesihatan semalam.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi hantaran di Twitternya sebentar tadi.

Katanya, sehingga semalam, sebanyak 5,410 dos penggalak telah diberikan terutamanya kepada petugas kesihatan.

“Bagi pemberian dos penggalak membabitkan warga emas pula akan diberikan di klinik swasta (GP),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online pada Rabu lalu melaporkan, Kementerian Kesihatan akan memulakan dos penggalak kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta anggota barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas.

Khairy berkata, individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera manakala bagi individu tidak mempunyai aplikasi itu, pemakluman akan dibuat melalui pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Objektif pemberiannya untuk memastikan tempoh perlindungan optimum diperolehi oleh penerima vaksin Covid-19 di Malaysia.

“Dos penggalak merupakan dos tambahan yang perlu diberikan kepada seseorang yang sebelumnya mendapat perlindungan mencukupi selepas vaksinasi lengkap namun perlindungan tersebut menurun dari semasa ke semasa,” katanya.

Jelasnya, pemberian dos penggalak tersebut akan diterajui klinik swasta di bawah penyelarasan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI