fbpx

20 minit kejar suspek dikehendaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan di Jelutong di George Town awal pagi tadi. Foto FB

GEORGE TOWN – Seorang suspek yang dikehendaki bagi satu kes jenayah berjaya diberkas polis selepas bertindak mengejarnya kira-kira 20 minit dari Jalan Batu Lanchang hingga ke Jelutong di sini awal pagi tadi.

Suspek berusia 26 tahun dari Ayer Itam itu ditahan sebaik kereta jenis Toyota Vios yang dipandunya seorang diri terbabas di bahu jalan kira-kira pukul 1.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, anggotanya mengesan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan rondaan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu.

Menurutnya, suspek kemudiannya bertindak memecut laju keretanya dan melarikan diri melalui Jalan Batu Lanchang ke Jalan Masjid Negeri dan Jalan Dato Keramat ke Jalan Perak.

“Anggota dengan bantuan enam kereta peronda (MPV) telah mengejar suspek sebelum dia berjaya diberkas di Jalan Jelutong, setelah keretanya terbabas menyebabkan tayar rosak dan pecah.

“Dalam insiden ini, tiada sebarang kecederaan ke atas mana-mana pihak ataupun kerosakan pada harta awam atau kerajaan. Hasil pemeriksaan polis telah menjumpai sejumlah dadah jenis heroin anggaran berat 6.5 gram di tempat duduk bahagian belakang kereta suspek,” katanya di sini hari ini.

Soffian memberitahu lagi, siasatan lanjut mendapati suspek yang memiliki 11 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah juga adalah individu yang dikehendaki polis bagi satu kes jenayah. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI