fbpx

Wanita diperkosa, disamun RM200 di asrama pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja wanita warga asing bukan sahaja diperkosa oleh seorang lelaki yang menceroboh ke dalam bilik asramanya, bahkan turut disamun dalam kejadian di sebuah rumah teres di Perai, dekat sini awal pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu dikatakan berlaku ketika mangsa sedang nyenyak tidur di dalam sebuah bilik yang berkunci di tingkat satu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, mangsa telah dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang meletakkan satu objek tajam pada lehernya.

“Suspek kemudiannya telah merogol dan mengambil wang milik mangsa sebanyak RM200.

“Suspek disyaki masuk ke dalam rumah berkenaan dengan mengumpil pintu hadapan bilik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, susulan daripada laporan yang diterima, pihaknya menahan dua suspek warga tempatan kira-kira pukul 7 malam pada hari yang sama.

“Suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah itu direman tujuh hari hingga Ahad ini bagi siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 dan Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI