fbpx

Tiga sahabat dicekup edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah yang dirampas susulan tangkapan tiga individu menerusi tiga serbuan berasingan, hari ini. / IHSAN PDRM

JEMPOL – Tiga sahabat yang baru dua bulan menjadi tokan dicekup dalam tiga serbuan berasingan di kawasan Felda Pasoh 3, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, turut ditemui bersama suspek warga tempatan berusia 32 hingga 35 tahun itu ialah dadah jenis heroin dan syabu.0

“Dalam serbuan ini, polis turut merampas dua buah motsikal bagi siasatan di bawah Perlucuthak Harta 1983,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian air kencing mendapati kesemua suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu positif morfin.

Kesemua suspek turut memiliki rekod dadah dan jenayah.

Mereka direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B, 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI