“APA kesalahan yang saya sudah buat? Apa patut saya buat?”
Demikian luah penyanyi Sunmi selepas menerima ugutan bunuh gara-gara ada pihak tidak bersetuju dengan komen yang diberikannya kepada peserta program realiti Girls Planet 999.
Dalam program berkenaan, Sunmi sebenarnya bertindak sebagai guru iaitu seorang mentor dan juri.
Sunmi meluahkan kekesalan menerusi Twitternya baru-baru ini dengan mempersoalkan, apakah sebab dia dibenci sehingga ada yang sanggup melayangkan ugutan bunuh terhadapnya.
“Dari aspek apa awak membenci sehingga mahu membunuh saya? Bukankah segala penjurian saya dilakukan mengikut standard sejak episod pertama.
“Saya berusaha untuk bercakap dengan cara yang baik supaya semua orang dapat memahami.
“Sejujurnya, saya luangkan lebih masa untuk berfikir apa yang saya boleh lakukan demi membantu peserta,” katanya.