fbpx

Selangor, KPKT bincang isu lif rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerosakan lif menyukarkan penduduk di Pangsapuri Perantau ketika gangguan bekalan air. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan membincangkan isu kerosakan lif di Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang dekat sini dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk tindakan susulan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai masalah itu yang diterima pihaknya sejak dua bulan lalu.

“Kita sudah menyampaikan dan merujuk kepada KPKT mengenai isu lif berkenaan.

“Justeru, perbincangan dan perkongsian antara kedua-dua pihak adalah lebih baik terutama melibatkan faktor peruntukan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Sistem Hartanah Berstrata Pintar Selangor (SISP) di sini, hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan masalah lif dan tangki air rosak di Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang di sini, menambah keperitan penduduk terutama warga emas ketika berlakunya gangguan bekalan air.

Kesulitan itu dihadapi berikutan hanya satu lif di setiap 12 blok pangsapuri yang mempunyai lapan dan sembilan tingkat itu berfungsi selain beberapa tangki didakwa rosak sejak sekian lama. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI