fbpx

Pokok tumbang akibat dibakar pengunjung ketika bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pokok tumbang akibat dibakar oleh pengunjung yang berkelah di pantai.

PETALING JAYA – Tular sebuah video mengenai pokok tumbang akibat dibakar oleh segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab dipercayai berlaku di Tanjung Sepat, Pahang baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video oleh @pkckAm di laman sosial Twitter miliknya, kelihatan beberapa wanita cuba memadamkan kesan bakar di batang pokok di satu kawasan tepi pantai menggunakan air yang dibawa oleh mereka.

Berdasarkan video berdurasi 1 minit 49 saat itu, dipercayai ia adalah perbuatan pengunjung-pengunjung yang berkelah di pantai tersebut dan selepas wanita itu memadamkan api secara tiba-tiba pokok itu tumbang.

Ketika kejadian, dapat dilihat di dalam video tersebut, kelihatan pokok berkenaan sudah lama terbakar kerana dapat dilihat dalam batang pokok sudah bertukar warna.

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

“Manusia tak pernah belajar daripada kesilapan, dah datang macam-macam wabak pun masih tak insaf-insaf,” kata @trisyalapie.

“Inilah salah satu contoh pergi bercuti tapi ‘otak’ tinggal dekat rumah, pokok itu elok cantik berdiri teguh dekat situ yang pergi gatal tangan nak pergi bakar pasal apa entah,” jelas @abuovii.

“Mungkin semua tengah ‘batak’ dah lama tak tengok pokok itu sebab dia buat ‘campfire’ dekat situ takut pokok itu sejuk agaknya,” ujar @Haziqmswn

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 76,800 tontonan dan 3,000 jumlah ulang ciap di dalam Twitter. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI