fbpx

Nasi ayam, popia basah cetusan cef OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azwan (kiri) menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan Mohd. Arif (kanan).

KOTA TINGGI – Di sebalik kekurangan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah pekak, tiada siapa menyangka Mohd. Azman Adam, 37, sebenarnya mempunyai kemahiran memasak dan merupakan bekas cef di sebuah hotel terkemuka di sini.

Malah, air tangan cef dari Bandar Penawar itu turut menerima respon positif daripada kalangan pelanggan sehinggakan nasi ayam dan popia basah yang dihasilkan habis dijual hanya dalam tempoh tiga jam.

Menurut adiknya, Mohd Arif, 35, abangnya memang suka memasak sejak kecil dan menjadi individu penting untuk menyediakan hidangan buat adik-beradik lain.

“Abang mengalami masalah hilang pendengaran ketika kecil selepas demam panas. Bagaimanapun, dia tidak bisu dan boleh bertutur seperti ­biasa.

“Abang juga sempat bekerja di sebuah hotel di sini dan bermula sebagai pemantu tukang masak sebelum menjadi seorang cef. Selepas itu, dia memilih untuk bekerja di sebuah kedai makan di Johor Bahru,” katanya.

Mohd. Arif berkata, abang­nya sudah berumah tangga dan dikurniakan tiga orang anak berusia tiga, enam dan lapan tahun yang dilahirkan normal.

Tambahnya, Mohd. Azman yang menyewa rumah di Bandar Penawar akan dibantu isterinya untuk menyiapkan 60 hingga 70 bungkus nasi ayam dalam sehari sementara popia basah pula sekitar 20 hingga 30 bungkus sehari.

Orang ramai yang mahu membuat tempahan nasi ayam juga popia basah boleh menghubungi Mohd. Azwan di talian 018-7857996.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI