fbpx

Lee Seung-gi mengaku deritai masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE SEUNG-GI

AKTOR terkenal Lee Seung-gi membuat pendedahan terbuka tentang masalah mental yang dihidapinya, bahkan pernah mendapatkan rawatan psikiatri.

Perkara berkenaan diluahkannya ketika muncul dalam program Master In The House yang menampilkan tetamu undangan iaitu doktor psikiatri, Dr. Oh Eun-young.

“Saya pernah menerima rawatan psikiatri sebelum ini.

“Fikiran saya agak bercelaru sehingga mengalami beberapa simptom. Kejadian berlaku sebelum saya menyertai latihan ketenteraan, ketika saya berusia 29 tahun.

“Memasuki 30 tahun, saya mula berasa sakit. Walaupun sudah pergi ke klinik tradisional dan melakukan imbasan MRI di hospital, mereka kata tiada apa-apa, tapi saya rasa sakit,” ceritanya.

Dia disyaki mengidap gangguan kebimbangan dan dinasihatkan bertemu pakar.

“Berjumpa psikiatri tak sama seperti mendapatkan rawatan di hospital atau klinik. Saya susah meluahkan apa yang dirasa.

“Saya tak rasa itu sisi buruk dalam diri saya. Tapi adakalanya saya rasa resah sehingga sukar berkata tidak kepada orang lain,” ujarny

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI