fbpx

Jadi artis, susah nak istiqamah – Nora Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA ARIFFIN

KEKAL istiqamah dalam setiap tindakan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan.

Banyak ujian dan godaan yang harus ditempuh dan golongan artis juga tidak terlepas daripada melaluinya.

Perkara tersebut diakui oleh Datuk Nora Ariffin yang berpendapat, istiqamah adalah yang paling sukar untuk dilaksanakan mana-mana artis yang berhijrah.

“Sebagai artis dan bila sudah berhijrah, cabaran yang paling sukar ialah kekal istiqamah. Bukan mudah.

“Berubah dan hendak mengekalkan ialah dua hal berbeza. Itu ujian untuk menguji keimanan kita. Niat kerana Allah SWT,” katanya.

Ringkas tetapi dalam sungguh maksud apa yang dikongsikan Nora. Betullah apa yang dikatakan, jika hendak berubah, niatlah kerana Tuhan dan bukan mahu mengikut trend semata-mata.

Harap tiada lagi cerita mengenai artis buka tudung selepas ini. Kekal istiqamah ya semua, termasuklah selebriti lelaki yang semakin ramai aktif berdakwah, jangan separuh jalan sahaja.

MIZZ LAHAR: Filem Penunggang Agama 2 bakal menemui penonton minggu depan. Tak sabar nak tengok aksi Zul Ariffin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI