fbpx

FGV sasar 3.5 peratus pasaran beras wangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program 3FR meningkatkan kecekapan dalam aspek penanaman padi melalui penggunaan mesin automatik.

PETALING JAYA – FGV Hol­dings Bhd. (FGV) menyasarkan penguasaan 3.5 peratus daripada pasaran beras wangi tempatan menjelang akhir 2025 di bawah jenama Saji.

Ia menerusi kejayaan pelaksanaan program Beras Wangi Fortified Field (3FR) oleh anak syarikatnya, FGV Integrated Farming Holdings Sdn. Bhd. (FGVIF) yang berupaya mengoptimumkan penanaman padi wangi tempatan melalui amalan dan teknologi pertanian pintar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd. Nazrul Izam Mansor berkata, pihaknya komited membantu meningkatkan tahap sara diri (SSL) industri beras negara dengan menyokong program Smart Sawah Berskala Besar oleh kerajaan bagi mencapai tahap SSL beras 75 peratus yang digariskan Rancangan Malaysia Ke-12.

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan beras wangi Saji FGV menjadi pilihan rakyat menerusi penghasilan beras wangi tempatan berkualiti dan setanding beras import dari Thailand.

“FGV merancang mengembangkan kawasan penanaman padi wangi kepada 10,000 hektar dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya dalam satu ­ke­nyataan.

Program 3FR menerapkan penggunaan mekanisasi, dron, internet kebendaan (IOT), sensor sawah dan mesin penanaman padi automatik bagi menambah baik kecekapan dan kelestarian penanaman padi.

Semua produk sampingan yang terhasil daripada perlada­ngan sawah padi dan kilang se­perti dedak dan sekam padi akan digunakan sebagai komponen dalam penghasilan makanan ternakan FGV di bawah jenama ALMA.

3FR FGV kini dilaksanakan di jelapang padi berkeluasan 500 hektar di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut di Selangor dan 100 hektar lagi di IADA Seberang Perak bersama 260 orang petani kontrak tempatan yang dilantik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI