fbpx

Elyana terharu diziarahi Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELYANA dan suami semasa menerima kunjungan Ebit Lew di kediamannya malam tadi.

PETALING JAYA – Penyanyi Elyana menganggap kehadiran pendakwah terkenal, Ebit Lew di kediamannya malam tadi membawa aura positif, sekali gus menyuntik semangatnya untuk terus berjuang melawan kanser linfoma yang dihidapi lebih 10 tahun lalu.

Terharu berbaur teruja, penyanyi berusia 34 tahun itu turut berterima kasih atas kehadiran Ebit meluangkan menziarah dan berkongsi ilmu kepada dirinya dan keluarga.

“Alhamdulillah, rezeki saya dan keluarga malam ini dapat kunjungan istimewa daripada Ustaz Ebit Lew. Kunjungan ustaz ini menambahkan  semangat dan aura positif kepada saya.

“Banyak ilmu yang saya dapat pada malam ini. Terima kasih ustaz kerana sudi menziarahi saya,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram, malam tadi.

ELYANA menganggap kunjungan Ebit sebagai memberi aura positif buatnya sekeluarga.

Penyanyi Kalis Rindu yang masih menjalani rawatan kimoterapi untuk sesi kedua itu tidak ketinggalan memuat naik gambarnya sekeluarga dengan ikon kerja amal berkenaan.

Pada masa sama, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, turut menitipkan doa buat Ebit Lew serta semua insan dalam hidupnya.

Ebit juga sempat berkongsi nasihat selain membawa buah tangan termasuk kitab berkaitan hadis.

Dalam hantaran yang dikongsikan, Ebit menyifatkan Elyana sebagai asbab kekuatan kepada insan lain yang melalui ujian sama seperti kanser dan dugaan untuk terus bersemangat menjalani kehidupan.

Katanya, walau diserang sel barah, wanita berjiwa kental tersebut tetap ceria melayari kehidupan di samping suami tercinta yang sentiasa menjadi peneman setia.

“Sebak rasa ziarah Elyana, suami dan anak-anaknya. Beliau tersenyum walau kanser yang dilaluinya berat. Subhanallah, betapa kuat Elyana dan keluarga.

“Katanya selepas melalui semua itu dia rasa bahagia dan menikmati ujian. Rupa-rupanya syukur ubat paling mujarab. Sama-sama kita doakan Allah beri kesembuhan kepadanya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI