fbpx

Duda anak satu tunjuk alat kemaluan direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUDA anak satu (kanan) direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor bagi membantu siasatan menunjuk alat kemaluan di Setia Alam, petang semalam.

SHAH ALAM – Seorang duda anak satu direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menunjukkan alat kemaluan di sebuah kawasan perumahan sekitar daerah ini, semalam.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 26 tahun dilakukan Majistret Ellyna Othman.

Menurut sumber, seorang wanita yang sedang berjoging di kawasan perumahan terkejut apabila suspek menunjukkan alat kemaluannya pukul 6.30 petang.

Sumber turut menegaskan, suspek ketika itu sedang melakukan onani di sebuah taman berhampiran sebelum dilihat wanita terbabit.

“Mangsa menjerit sebelum membuat laporan pada anggota keselamatan.

“Semakan pada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati suspek yang merupakan pembantu jualan itu tinggal di lorong kawasan berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kanak-Kanak 1955. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI