fbpx

Brazil harap Neymar ubah keputusan ‘gantung but’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR menggemparkan bola sepak Brazil apabila berhasrat untuk bersara daripada pentas antarabangsa selepas berakhirnya kempen Piala Dunia 2022 di Qatar tahun depan. – AFP

AMAZON, Brazil – Kapten pasukan Brazil, Thiago Silva berharap penyerang utama, Neymar membuat pusingan U selepas menyatakan bakal ‘gantung but’ di pentas antarabangsa sejurus tamat kempen Piala Dunia 2022 di Qatar tahun depan.

Sebagai rekod, Neymar dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik Brazil sepanjang zaman sejak membuat debut pada 2009 dan telah menjaringkan 69 gol di pentas antarabangsa selain menjuarai trofi Piala Konfederasi edisi 2013 dan pingat emas Sukan Olimpik 2016.

Namun, pemain berusia 29 tahun itu memberi bayangan bakal bersara daripada mewakili skuad The Selecao kerana tidak tahan dengan kritikan yang dilemparkan di pentas antarabangsa selepas gagal membantu pasukan mencapai prestasi yang diharapkan.

Kata Silva, kritikan sudah menjadi asam garam buat pemain bola sepak dan mewakili negara seperti Brazil yang memiliki sejarah tersendiri di pentas antarabangsa sememang­nya memberi tekanan tambahan kerana jangkaan peminat cukup tinggi.

“Semua pemain Brazil menghadapi kritikan yang sama terutama ketika kami gagal menjuarai Piala Dunia 2014 di laman sendiri selain tewas memalukan 1-7 kepada Jerman. Namun, ia bukanlah pengakhiran untuk segala-galanya dan saya harap Neymar tidak membuat keputusan terburu-buru,” katanya.

Dalam perkembangan lain, tonggak pertahanan Chelsea itu berharap mereka dapat kembali fokus dan berada di landasan kemenangan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 bertemu dengan Uruguay di Stadium Amazonas pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI