fbpx

Argentina impi benam Peru pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARGENTINA berjaya menewaskan Uruguay pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 yang berlangsung Isnin lalu. – AFP

BUENOS AIRES – Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni mahu pasukannya meneruskan momentum cemerlang dengan mengutip tiga mata berharga menjelang aksi bertemu Peru pada saingan kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Monumental pagi esok.

Sebagai rekod, skuad La Albiceleste ketika ini menduduki tangga kedua carta kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan selepas mengutip 22 mata daripada 10 perlawanan dan kekal di belakang pendahulu, Brazil yang selesa dengan 28 mata.

Kata Scaloni, barisan pemain tidak boleh terus berpuas hati dengan prestasi semasa terutama selepas berjaya menewaskan Uruguay 3-0 awal minggu ini tetapi dalam masa yang masa memuji impak yang diberikan oleh Giovani Lo Celso yang semakin selesa memacu jentera tengah pasukan.

“Saya akui pasukan berada dalam momentum yang baik pada aksi antarabangsa bulan ini dengan merekodkan satu keputusan seri dan satu kemenangan. Justeru, saya berharap mereka dapat menamatkan aksi terakhir menentang Peru dengan mengutip mata penuh.

“Dalam masa yang sama, jika ada pemain yang boleh saya puji kali ini adalah Lo Celso kerana dia menunjukkan peningkatan mendadak dan mula selesa dengan skuad kebangsaan,” kata Scaloni.

Sementara itu, penyerang utama Argentina, Lautaro Martinez percaya pasukannya kini berada dalam prestasi terbaik selain keyakinan yang cukup tinggi terutama selepas berjaya menjuarai trofi Copa America pada Julai lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI