fbpx

Amaran ribut petir di Terengganu, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Terengganu dan Sarawak dinasihatkan untuk terus berwaspada susulan amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, ribut petir berserta hujan lebat itu dijangka melanda beberapa kawasan di dua buah negeri tersebut sehingga pukul 9 malam nanti.

“Di Terengganu, keadaan itu dijangka bakal melanda daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Sementara itu, hujan lebat berserta ribut petir turut dijangka berlaku di Sri Aman, Sibu dan Kapit (Song, Kapit dan Belaga) di Sarawak sehingga pukul 9 malam ini,” katanya di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI