fbpx

Amaran ribut petir di Sabah, Sarawak hingga petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ribut petir berserta hujan lebat diramalkan akan melanda kawasan-kawasan terlibat sehingga pukul 5 petang nanti.

“Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah di Sri Aman (Lubok Antu), Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) Kapit, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Miri) dan Limbang (Limbang).

“Cuaca sama juga dijangka akan melanda Pedalaman (Beaufort) di Sabah,” katanya di sini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI