PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dari Lembah Klang setakat pagi ini didapati masih terkawal.
Keadaan trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) masih lagi lancar.
Ia berdasarkan gambar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsi di laman sesawang Lembaga Lebuh Raya Malaysian (LLM).
LLM sebelum ini menjangkakan jumlah trafik akan meningkat kepada empat juta kenderaan sehari pada cuti hujung minggu ini susulan kebenaran pergerakan rentas negeri. – K! ONLINE