PUTRAJAYA – Kes harian negara kembali melepasi angka 8,000 dengan 8,084 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 2,369,613 kes.
Data tersebut dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah secara ringkas pada laman sosial Facebook dan Twitter.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya secara ringkas pada hantaran beliau di sini hari ini. – K! ONLINE