fbpx

3 lelaki tular bergaduh di Changkat, Bukit Bintang didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan pergaduhan di sebuah premis di Jalan Changkat, Bukit Bintang yang tular di media sosial baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki tular yang terlibat dalam kes pergaduhan di sebuah premis di Jalan Changkat, Bukit Bintang, Isnin lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh R .Satyananthan, 52,  yang merupakan warga tempatan mengaku bersalah dan didenda RM500 manakala dua lagi iaitu Symonenko Pavlo, 38, dan Peleshok Denys, 32, yang merupakan warga Ukraine mengaku tidak bersalah.

Semasa prosiding pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Mengikut pertuduhan ketiga-tiga tertuduh bersama empat lagi yang masih bebas telah melakukan gaduh gempar dengan melakukan pergaduhan dan kekecohan ditempat awam.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di Changkat Bukit Bintang di sini pukul 5.50 petang pada 10 Oktober lalu yang didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Dalam prosiding itu mahkamah membenarkan tertuduh Symonenko dan Peleshok diikat jamin masing-masing RM1,000 dengan dua penjamin warga tempatan.

Tarikh 26 November ini ditetapkan sebutan semula kes bagi kedua- dua tertuduh itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd. Latip, Peguam Rajsurian Pillai mewakili Symonenko dan Peleshok manakala peguam Revin Kumar mewakili tertuduh Satyananthan.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI