fbpx

Polis serbu Felda, tahan 136 penagih dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan di salah sebuah 'port' dadah di tanah rancangan Felda di sekitar Rompin semalam.

KUANTAN – Polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM105,000 dan menahan 136 individu dalam operasi selama tiga hari sekitar Felda di daerah Rompin yang berakhir semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang, Superintendan Mohd. Azam Ab. Razak berkata, kesemua individu berusa 19 hingga 60 tahun itu ditahan dalam serbuan di lima kawasan yang dikenal pasti menjadi ‘port’ dadah.

“Dalam operasi ini polis telah membuat serbuan di lima lokasi atau port dadah yang telah dikenal pasti di kawasan felda di daerah Rompin.

“Dalam operasi terbabit kita berjaya merampas sejumlah 1.4 kilogram dadah jenis heroin dan 66.05 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM105,200,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak polis akan melakukan pemantauan dan operasi berterusan bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Katanya, orang ramai diminta memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah atau pengedaran dadah.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang kegiatan berkaitan penyalahgunaan dadah kerana perbuatan sedemikian boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Maklumat mengenai sebarang kegiatan atau aktiviti berkaitan dadah boleh disalurkan ke Pusat Kawalan Komuniti Pahang di talian 09-5051999 atau 09-50512202 atau menghubung mana-mana balai polis berdekatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI