fbpx

Wanita warga Singapura tular kasari kanak-kanak mengaku tidak salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

AMPANG – Seorang wanita warga Singapura yang sebelum ini tular mengasari seorang kanak-kanak lelaki di pusat intervasi kanak-kanak, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak itu.

Tertuduh Sharifah Mazlan, 51, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.

Mengikut pertuduhan, ibu tiga anak itu didakwa sebagai penjaga kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun telah melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak tersebut di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Baru Ampang di sini pukul 10 pagi pada 1 Oktober lalu yang didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Suriantiazila Muhamad tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh merupakan seorang warga asing iaitu Singapura.

Bagaimanapun peguam Samry Masri yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga dan merupakan ibu kepada tiga orang anak.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, hakim Norhazani membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri di balai polis berdekatan pada 7 haribulan setiap bulan serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Tarikh 9 Disember ini ditetapkan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sementara di Mahkamah Majistret tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tinggal di Malaysia melebihi tempoh sah selama sembilan bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pejabat pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini pukul 12 tengahari pada 8 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 pindaan 2002 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan juga tidak lebih enam sebatan jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Maizan Rahim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin warga tempatan dan tarikh sama untuk sebutan semula kes

Ahad minggu lalu Kosmo! Online melaporkan, tindakan seorang wanita mengasari seorang kanak-kanak OKU di sebuah pusat asuhan di Bandar Baru Ampang di sini terbalas apabila dia akhirnya ditahan polis.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI