fbpx

Tukang masak didakwa membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARJIT Singh Terlok Singh (kiri) diiring masuk ke Mahkamah Majistret Ipoh bagi menghadapi pertuduhan bunuh.

IPOH – Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemui terapung di Sungai Kinta, Mei lalu.

Tertuduh, Harjit Singh Terlok Singh, 25, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liyana Mohd. Darus bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Harjit Singh didakwa bersama-sama Basharuddin Hammersla, 26; S. Jeyenthiran, 34; S. Simeon, 31; T. Selvamani, 40, dan V. Thiruganesh, 36, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa membunuh A. Preshna, 40.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Che Puteh, Ipoh antara pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang, 23 Mei lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Haiqal Asyraf Suhaimi manakala tertuduh diwakili peguam Shabnam Haseena Mohamad Hanif.

Semasa prosiding kes, Mohammad Haiqal memohon kepada mahkamah supaya menetapkan tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan kesemua tertuduh itu dibicarakan secara bersama.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan Khamis ini (esok) untuk sebutan semula kes.

Pada 11 Jun lalu di Mahkamah Majistret Ipoh di sini, Basharuddin, Jeyenthiran, Simeon, Selvamani dan Thiruganesh telah didakwa membunuh Preshna.

Media pada 26 Mei lalu melaporkan, mayat Preshna dijumpai orang awam pada pukul 6 petang dalam keadaan muka dan tangan kirinya telah hancur.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian lelaki itu akibat kecederaan tisu lembut disebabkan objek tumpul selain terdapat luka lebam akibat pergelutan atau luka mempertahankan diri pada anggota badan mangsa.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI