fbpx

Tongkang tersadai berhampiran tebing laut Teluk Likas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kapal tongkang yang dipercayai hanyut berhampiran tebing laut Tanjung Lipat, Likas hari ini.

KOTA KINABALU – Sebuah kapal tongkang ditemui tersadai dipercayai hanyut berhampiran tebing laut Tanjung Lipat, Likas hari ini.

Kapal tongkang berkenaan difahamkan mengalami kerosakkan dan berhenti di kawasan pertengahan laut sementara menunggu baik pulih dilaksanakan.

Bagaimanapun, angin kencang serta hujan lebat yang melanda sejak semalam dipercayai mengakibatkan kapal tongkang terbabit semakin hampir ke tebing laut sekaligus mengejutkan orang awam khususnya pengunjung kawasan berkenaan.

Situasi terbabit mengakibatkan ramai pengunjung di Taman Awam Teluk Likas mengambil kesempatan merakamkan gambar serta video sehingga ia menjadi tular di media sosial.

Salah seorang pengunjung Tanjung Lipat, Sabirin Tukiman, 36, berkata, dia yang hampir setiap hari datang ke taman rekreasi itu untuk bersenam terkejut melihat kedudukan kapal berkenaan yang semakin menghampiri tebing laut pagi ini.

“Saya sudah nampak kapal tongkang ini sejak pagi semalam tetapi kedudukannya agak jauh di tengah laut.

“Namun sewaktu datang semula pagi ini, saya terkejut ia berada terlalu hampir dengan tebing,” katanya ketika ditemui di lokasi sebentar tadi.

Menurutnya, dia tidak melepaskan peluang merakamkan gambar serta video kapal tongkang terbabit kerana ini kali pertama dia melihat situasi seumpama itu.

Dalam pada itu, Sabirin menyatakan melihat keadaan kapal yang besar dan air laut ketika ini, mungkin terdapat kesukaran untuk menarik semula kapal terbabit ke tengah laut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN