fbpx

Syarikat gula tanam 700 anak pokok paya bakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Zakiah (tengah) pada program penanaman semula anak pokok paya bakau di Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 700 batang anak pokok paya bakau ditanam semula di Perai di sini dalam usaha memulihkan ekosistem tumbuhan berkenaan.

Usaha itu dibuat sebuah syarikat penghasilan gula, MSM Prai Berhad dengan membuat penanaman tersebut bermula September lalu berhampiran kilang mereka.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, ia sebagai usaha untuk membantu memulihkan ekosistem hutan paya laut yang menjadi habitat kepada pelbagai flora dan fauna.

“Pokok paya bakau juga berperanan menjaga pesisiran pantai daripada ancaman hakisan arus ombak yang kuat.

“Program ini juga secara tidak langsung mendukung Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam tempoh lima tahun sehingga 2025 di seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program berkenaan sempena Hari Alam Sekitar Negara 2021 di Perai di sini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Malaysia Holdings Berhad, Syed Feisal Syed Mohammad.

Sharifah Zakiah menambah, pihaknya bersama syarikat berkenaan turut menandatangani kolaborasi strategik untuk bekerjasama dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui platform Rakan Alam Sekitar dan kempen alam sekitar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI