fbpx

Suri rumah didenda RM5,000 sebar berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Sakinah Razelan mengaku bersalah menyebarkan berita palsu di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang suri rumah didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyebarkan berita palsu menggunakan aplikasi WhatsApp pada 18 April lalu.

Hakim Musyiri Peet menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Nor Sakinah Razelan, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, ibu kepada tiga orang anak terbabit didakwa memuat naik status yang merupakan berita palsu di aplikasi WhatsApp menggunakan nombor telefon didaftarkan atas namanya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Belukar, Arau dekat sini pada pukul 10.31 pagi, 18 April lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI