fbpx

Sun-mi lalui derita kematian suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG SUN-MI

KEHILANGAN seorang suami yang menjadi tulang belakang keluarga memberi impak mendalam buat aktres Song Sun-mi dalam membesarkan anak perempuannya seorang diri, selain memegang status ibu tunggal.

Kegetirannya mendepani kehidupan diluahkan ketika muncul dalam program Dr. Oh’s Golden Clinic apabila dia mengakui tidak tahu bagaimana cara untuk menjelaskan keadaan sebenar tentang kematian suaminya.

“Anak saya sudah berusia tujuh tahun dan dia akan ke sekolah. Ini sangat membimbangkan. Saya selebriti, jadi kisah kematian mendiang diketahui semua orang. Bagaimana caranya saya nak beritahu dia,” tanya Sun-mi.

Mendiang suami pelakon itu, Go Woo-seok ditemui mati di sebuah pejabat peguam di Seoul pada Ogos 2017 gara-gara kes perebutan harta pusaka.

Dia dibunuh oleh pembunuh upahan yang diupah oleh sepupunya sendiri dengan bayaran sebanyak dua bilion won (RM7 juta), namun penjenayah itu berjaya ditangkap dan disumbat ke dalam penjara.

Ketika anaknya Arri berusia tiga tahun, Sun-mi memberitahu bahawa suaminya pergi ke angkasa lepas. Kini selepas menginjak usia, sifat ingin tahu kanak-kanak itu semakin menebal untuk mengetahui tentang keberadaan sebenar bapanya.

“Baru-baru ini, Arri kata dia mahu tulis sepucuk surat dan tinggalkan di taman permainan. Angin akan ambil surat itu dan sampaikan kepada bapanya. Saya sedar, Arri sangat rindukan bapanya.

“Tapi saya tidak tahu bagaimana cara untuk memberitahunya. Saya akan hidup dengan fakta ini selama-lamanya bersama Arri,” ujarnya sambil menangis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI