fbpx

Pahang tambah baik sistem pendidikan menerusi TPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar sekolah selepas majlis pelancaran program Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) di Jabatan Pendidikan Negeri di Kuantan semalam.

KUANTAN – Kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang memantapkan lagi sistem pendidikan di negeri itu dengan melancarkan pelan Tranformasi Pendidikan Pahang (TPP).

Pelan selama 10 tahun itu mengandungi 10 inisiatif antaranya pemerkasaan potensi dan bakat murid, memantapkan kebitaraan guru, keberkesanan pasukan kepimpinan pertengahan (MTL), serta meningkatkan kualiti dan keberkesanan sekolah pasukan kepimpinan (STL).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan sebanyak RM338,105 kepada JPN Pahang bagi melaksanakan pelan transformasi berkenaan.

“Peruntukan itu untuk permulaan dan jika ada keperluan akan datang, kerajaan bakal menambah peruntukan terbabit,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran TPP dan penyampaian insentif kecemerlangan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 di Auditorium JPNP, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan Pengarah JPNP, Mohammad Rosli Abdul Rahman.

Pada majlis berkenaan, Wan Rosdy turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang dengan peruntukan sebanyak RM109,500.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI