fbpx

‘Pacak tripod, rakam sedang sembahyang’ – Zul Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zul Ariffin muncul filem baharu berjudul Penunggang Agama 2.

PETALING JAYA – “Saya tak pernah tanya atau persoalkan. Saya cuma cakap dapatkan rehat secukupnya.”

Demikian kata pelakon Zul Ariffin, 35, apabila ditebak tentang perhubungan dan perjalanan rohaninya bersama Ebit Lew terutama selepas pendakwah bebas popular itu dihimpit pelbagai kontroversi.

Zul yang bakal muncul dengan filem televisyen, Penunggang Agama 2 juga memahami, bahawa ramai yang sedang menantikan kebenaran untuk didedahkan namun bukan tugasnya atau orang lain untuk bercakap tentang perkara tersebut.

“Dia (Ebit Lew) sedang diuji. Tapi saya tidak berada dalam kedudukan untuk mengulas lanjut tentang apa yang berlaku.

“Bahkan, pertemuan saya dan dia diisi dengan persalaman, berborak, berkongsi ilmu, solat jemaah dan saya dengar apa yang dia nak cakap.

“Apa yang saya tahu, dia memberi layanan yang baik terhadap saya dan orang-orang yang dia temui. Perkara lain, saya tak ambil tahu,” katanya dalam temubual virtual kepada Kosmo! Online  sebentar tadi.

Dalam pada itu, bercakap tentang isu penunggang agama, satu watak yang diterjemahkan dalam naskhah arahan Syafiq Yusof itu, Zul berkata, ramai orang seperti itu dalam kehidupan sekarang.

“Saya rasa, ramai orang akan berjumpa penunggang agama sekurang-kurangnya sekali seminggu.

“Apa yang boleh saya cakap juga, orang bukan Islam, mereka tak baca al-Quran, sebaliknya, mereka (orang bukan Islam) baca perangai kita (orang Islam).

“Jadi, tunjukkanlah teladan yang baik. Jangan bersikap hipokrit. Pacak ‘tripod’ rakam tengah sembahyang, itu bukan saya. Senang cerita, jangan pergunakan agama untuk kepentingan sendiri,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Zul mula menunjukkan perubahan lebih mendekati agama sejak akhir-akhir ini. Menerusi beberapa perkongsian dalam Instagram, dia dilihat banyak menghabiskan masa dengan aktiviti meluaskan dakwah Islam bersama Ebit Lew. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI