fbpx

Noki K-Clique dijangkiti denggi tahap berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOKI berkongsi sekping foto dalam Instagram memaparkan dia terlantar di atas katil di Hospital Shah Alam selepas disahkan dijangkiti demam denggi tahap berbahaya.

PETALING JAYA – Penyanyi dan ahli kumpulan K-Clique, Noki disahkan dijangkiti denggi tahap bahaya dan kini dirawat di Hospital Shah Alam sejak pukul 4 pagi tadi.

Menurut Noki, demam denggi yang dialami telah menyerang organ dalaman membabitkan hati dan jantungnya sehingga menyebabkan dia mengalami muntah serta pening kepala.

“Kepala saya sangat pening dan mengalami muntah ketika ini.

“Saya mula demam sejak Jumaat minggu lalu. Pagi tadi keadaan saya bertambah teruk hingga perlu menerima rawatan di hospital,” katanya.

suhu badannya naik sehingga 39 darjah selsius dan bacaan platelet pula mencatatkan penurunan dari bacaan normal.

Noki menerusi satu hantaran di Instagram turut memohon doa daripada orang ramai supaya kesihatannya kembali pulih.

“Keadaan saya sekarang demam denggi tahap berbahaya. Doakan kesihatan saya. Semoga Allah SWT lindungi kita semua daripada segala penyakit,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN