fbpx

Manusia enggan vaksin ego dan bongkak – Tiz Zaqyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIZ pernah melalui pengalaman sebagai pesakit Covid-19.

PETALING JAYA – Aktres popular, Tiz Zaqyah menyelar motif sebenar perjuangan golongan antivaksin selain mempersoalkan apa sebenarnya yang kumpulan itu sedang lawan.

Menurut pelakon berusia 33 itu, hampir semua orang telah divaksin, namun masih ada golongan yang sanggup bergaduh, ego dan bongkak bercakap mempertahankan pendirian enggan divaksin, termasuklah dalam kalangan selebriti.

“Ambillah vaksin tu. Manusia manusia, pasal kebaikan pun nak gaduh. Ego dan bongkak.

“Semua orang dah vaksin, mu saja belum. Mu lawan lawan lawan, sedangkan kami semua nak menang bersama. Ya, termasuk kawan-kawan saya tak nak vaksin. Kenapa sampai macam ni? Apa yang kau lawan sebenar­nya?” tulisnya dalam satu hantaran media sosialnya yang me­nerima pelbagai maklum balas.

Pernah melalui pengalaman positif Covid-19 dan lengkap dua dos vaksin, pelakon yang terkenal menerusi drama Nur Kasih itu juga meluahkan rasa kesal dengan sikap golongan sedemikian dan sanggup bergaduh, menyebarkan maklumat palsu bahkan terlibat dalam penipuan semata-mata untuk menggunakan sijil vaksinasi palsu.

Bagaimanapun, pemilik nama Siti Zaqyah Abdul Razak itu tetap akur dengan pilihan masing-ma­sing, jika benar-benar menolak vaksin atas alasan yang disahkan doktor.

“Saya tetap akan ajak kawan-kawan untuk vaksin. Ada kawan-kawan yang ada anak kecil, mereka lebih risau. Saya jemput untuk vaksin, tetapi diludahnya ke muka. Apa sebenarnya yang mereka lawan,” tulis Tiz.

TIZ ZAQYAH

Dalam pada itu, pelakon yang sedang hangat menerusi drama Diva Popular itu turut menyelar segelintir selebriti tanah air yang mengambil tindakan merahsiakan status kesihatan sekiranya dijangkiti Covid-19.

“Rupa-rupanya ramai selebriti pernah kena Covid-19 tetapi sorok. Mengapa?

“Anda sepatutnya mendidik dan menyebarkan kesedaran. Tentang Covid-19 nak malu, tetapi kau punya kontroversi bodoh bangga pula,” katanya dalam satu ciapan di Twitter semalam.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju de­ngan pendapatnya, namun ada juga yang menganggap Tiz sebagai seorang penyibuk mengenai urusan orang lain.

Tiz bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan menyatakan dia rimas dengan situasi tersebut kerana pernah mengalami hal yang sama.

“Itu hak dia untuk sorokkan. Kenapa awak nak sibuk?” soal seorang pengguna Twitter.

Jawab Tiz: “Betul. Tak sibuk tetapi rimas sebab saya sudah melaluinya.” -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI