fbpx

Majlis akad nikah dibenarkan di Perak mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membenarkan majlis akad nikah diadakan mulai hari ini selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 bagi negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusop Husin, berkata majlis itu bagaimana pun diadakan dengan beberapa prosedur kerja ditetapkan berikutan negara dan negeri ini masih belum bebas sepenuhnya daripada Covid-19.

“Prosedur itu ialah majlis boleh diadakan di tiga tempat iaitu premis swasta meliputi hotel, inap desa dan dewan serbaguna.

“Lokasi lain dibenarkan ialah di pejabat agama Islam di seluruh negeri serta Pejabat Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam negeri Perak,” katanya dalam satu surat pekeliling yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusop, jumlah kehadiran pula tidak melebihi 50 peratus kapasiti keluasan premis yang digunakan itu manakala tempoh masa majlis tidak boleh melebihi satu jam 30 minit.

Jelasnya lagi, majlis jamuan tidak dibenarkan sebaliknya makanan hanya disediakan dalam bentuk bungkusan manakala tetamu perlu patuh pada protokol kesihatan yang ditetapkan.

“Antaranya pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera sebelum memasuki premis, penjarakan sosial, memakai pelitup muka sepanjang majlis berlangsung serta kerap membasuh tangan.

“Bagaimana pun mereka yang datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), Orang Dalam Pemerhatian (PUS), dikuarantin serta individu bergejala tidak dibenarkan hadir pada majlis tersebut,” ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI