fbpx

Litrak aktifkan Skim Penyaluran Trafik dan Laluan Kontra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazally Saidi

PETALING JAYA – Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) mengaktifkan semula Skim Penyaluran Trafik dan Laluan Kontra di beberapa lokasi utama sepanjang Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) bermula Ahad lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Litrak, Sazally Saidi berkata, pengaktifan semula skim itu bertujuan untuk melancarkan aliran trafik di LDP.

Katanya, pertambahan trafik yang ketara sudah dijangka berikutan pengumuman dan langkah pihak kerajaan membuka semula kebanyakan sektor ekonomi di Malaysia, melalui kempen #ReopeningSafely.

“Antara kawasan yang terlibat dengan sistem penyaluran trafik ialah di Kilometer 5.2 – Kilometer 6.5, dari Bandar Utama menghala ke Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kilometer 17.7 – Kilometer 16.9, dari Bandar Sunway menghala ke Persimpangan Bertingkat Motorola serta Kilometer 24.7 – Kilometer 25.2, dari Puchong Perdana menghala ke Persimpangan Puchong Intan.

“Selain itu, bagi laluan kontra pula di Kilometer 21 – Kilometer 18, dari Putrajaya / Puchong menghala ke Kelana Jaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, waktu operasi dijalankan bermula pukul 6.30 pagi hingga pukul 9 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat kecuali pada Cuti Umum.

Tambahnya, pihak Litrak telah membelanjakan hampir RM1 billion yang merangkumi pembinaan persimpangan bertingkat baru, penambahbaikan persimpangan, pelebaran laluan utama, penambahan lorong tol di plaza tol dan pelaksanaan laluan tol elektronik sepenuhnya.

“Pihak Litrak akan terus komited memastikan kelancaran aliran trafik melalui beberapa siri penambahbaikan Pelan Mitigasi Kesesakan yang dilaksanakan sejak tahun 2009 hingga sekarang,” katanya.- K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI