fbpx

DesaMall@KPLB bakal tawar 400 produk usahawan desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shah (dua dari kanan) bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan (dua dari kiri) meninjau produk yang bakal dipasarkan di DesaMall@KPLB di Tasek Gelugor semalam.

SEBERANG PERAI – Cawangan terbaharu DesaMall yang bakal dibuka di Pulau Pinang akhir tahun ini bakal menawarkan kira-kira 400 jenis produk hasil keluaran usahawan desa.

Premis yang bertempat di Simpang Empat Permatang Bu­luh, Sungai Dua di sini akan dikendalikan oleh Koperasi Perda (Koperda), manakala kafe yang akan dibuka bersebelahan outlet tersebut diuruskan oleh sebuah syarikat bumiputera, Al-Haddad Mart Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif E-Lokal Sdn. Bhd. (E-Lokal), Ahmad Shah Wahid berkata, sebanyak 80 peratus daripada produk tempatan itu dihasilkan oleh sekumpulan usahawan di utara Semenanjung, manakala selebihnya dibawa dari negeri-negeri lain.

Menurut beliau, ini adalah satu perkembangan menggalakkan untuk membangunkan ekonomi usahawan desa di bawah program DesaMall@Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Buat masa ini, terdapat tiga outlet telah dibuka iaitu di Putrajaya, Kuala Lipis, Pahang dan juga di Mersing, Johor.

“Untuk pelan masa depan, kami bercadang untuk membuka outlet baharu di Ipoh, Perak sebagai usaha untuk meluaskan penguasaan pasaran” katanya kepada pemberita di Tasek Gelugor di sini semalam.

Terdahulu, E-Lokal memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Koperda untuk membangunkan outlet baharu di Pulau Pinang.

Selain itu, Ahmad Shah mene­rangkan, sehingga kini kira-kira 3,000 usahawan telah menyertai program DesaMall@KPLB sehingga penghujung tahun ini.

“Tujuan utama outlet De­saMall ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada usahawan khususnya di kawasan luar bandar mempromosikan produk masing-masing dengan lebih mudah secara fizikal.

“Pada masa yang sama, kita juga akan menawarkan pembe­lian secara online bersesuaian dengan norma baharu masa kini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI