fbpx

De Bruyne kecewa aksi Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE mengakui sangat kecewa dengan kegagalan Belgium pada aksi Liga Negara-Negara Eropah apabila sekadar mengakhiri saingan di tempat keempat. – AFP

MILAN – Pemain tengah Bel­gium, Kevin De Bruyne mengakui pasukan itu tidak mempunyai pemain yang benar-benar mampu memberikan kejuaraan kepada pasukan itu biarpun mereka digelar ‘ge­nerasi emas’.

Menurutnya, 22 pemain yang dimiliki oleh Belgium ti­dak se­perti apa yang dimiliki oleh Itali, Perancis dan Sepa­nyol walaupun mereka ketika ini menghuni kedudukan pertama dalam ran­king Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

The Red De­vils terus kempunan untuk men­julang ke­juaraan antarabangsa apabila te­was 2-3 ke­pada Pe­rancis pada aksi separuh akhir Liga Nega­ra-Negara Eropah biarpun men­dahului dengan dua gol serta tewas sekali lagi de­ngan keputusan 1-2 kepada Itali pada penentuan tempat ketiga Ahad lalu.

Keputusan itu menyaksikan Belgium buat kali pertama sejak 2016 tewas dua kali berturut-turut dalam perlawanan yang mereka sertai.

“Adakalanya kami berjaya mempamerkan aksi cemerlang menentang pa­sukan-pasukan hebat dan kami juga mempunyai muka-muka baharu yang berjaya memberikan aksi terbaik.

“Ia adalah pengalaman yang baik untuk mereka apabila mendapat peluang menentang pasukan-pa­sukan yang hebat tetapi malangnya kami te­was dua kali,” kata­nya.

Aksi kurang sempurna yang dipamerkan mereka dalam dua perlawanan ber­ke­­naan menyebabkan De Bruyne meragui sistem pe­ngiraan mata yang dilakukan oleh FIFA sehingga membolehkan mereka berada di kedudukan teratas ketika ini.

“Secara jujurnya, kami hanyalah ge­nerasi baharu bola sepak Belgium. Itali, Perancis dan Sepanyol sentia­sa mempunyai 22 pemain hebat yang mudah untuk mereka pilih tetapi kami tidak,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI