fbpx

Belanda sumbat setengah dozen gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEPAY (kanan) berjaya meledak dua gol ketika membantu Belanda mencatat kemenangan besar 6-0 ke atas Gibraltar pada aksi awal pagi semalam. – AFP

ROTTERDAM – Belanda berjaya membelasah Gibraltar 6-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 Kumpulan G pada aksi yang berlangsung di Rotterdam awal pagi semalam.

Kemenangan itu nyata membuatkan pengendalinya, Louis Van Gaal gembira dan berpuas hati dengan pencapaian tersebut selepas mereka sekadar menang tipis 1-0 menentang Latvia.

Pemain pertahanan, Virgil Van Dijk membuka tirai jaringan pada minit ke sembilan sebelum Memphis Depay meledak dua gol, manakala masing-masing satu gol daripada Denzel Dumfries, Arnaut Danjauma dan Donyell Malen.

“Keputusan ini adalah apa yang kami harapkan. Kami mencipta banyak peluang, menja­ringkan enam gol dan sudah tentu membuatkan para peminat gembira. Kami berjaya mempamerkan aksi yang menghiburkan,” katanya.

Sementara itu, Van Gaal me­ng­akui beliau tidak menyangka dua pemain pertahanannya, Van Dijk dan Stefen De Vrij berjaya mempamerkan aksi yang cukup dominan termasuk menguasai bahagian tengah padang.

“Kami langsung tidak memberi kesempatan kepada pasukan lawan. Van Dijk dan De Vrij mengawal bahagian pertahanan kami bermula di kawasan tengah padang lagi.

“Saya juga gembira menyaksikan prestasi yang dipamerkan oleh Arnaut Danjuma dengan kemahiran serta kemampuannya menggelecek bola membuatkan saya sangat berpuas hati,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI