fbpx

Verstappen akui mula merasai tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada aksi di GP Turki kelmarin sekali gus kembali memimpin carta kedudukan pelumba ketika ini. – AFP

ISTANBUL – Pelumba Red Bull, Max Verstappen mengakui pe­rebutan gelaran juara dunia Formula Satu (F1) bukan satu tugas mudah meskipun dia kembali memimpin carta kejuaraan selepas menamatkan perlumbaan tempat kedua di Grand Prix (GP) Turki kelmarin.

Hasil keputusan tersebut, Verstappen kini mempunyai ke­lebihan enam mata di hadapan pelumba pasukan Mercedes, Lewis Hamilton selepas bijak mengambil peluang meskipun perlumbaan tersebut berlangsung dalam keadaan hujan.

Pada saingan tersebut, Hamil­ton yang memulakan saingan di petak ke-11 selepas dikenakan penalti pertukaran enjin terpaksa berpuas hati mengakhiri perlumbaan tempat kelima keseluruhan.

Perlumbaan tersebut dimenangi rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas yang berjaya me­raih kemenangan sulungnya pada musim ini.

“Perlumbaan ketika hujan pasti memberi sedikit kelebihan kepada pasukan Mercedes ketika bersaing di Turki. Pasukan perlu menganalisis punca Red Bull tidak tampil kompetitif di sini.

“Saya harap pasukan dapat mencari jalan terbaik untuk mengatasi masalah tersebut agar mampu tampil lebih baik menjelang perlumbaan di Austin, Amerika Syarikat selepas ini.

“Walaupun ketika ini Red Bull mendahului perlumbaan, bagi saya ia bukan jalan yang mudah untuk mempertahankannya. Saya akui, tahun ini adalah terbaik buat Red Bull dan saya akan memberikan sebaik yang boleh.

“Saya tidak akan berputus asa dan saya berharap dengan hasil yang terbaik pada baki perlumbaan ini sudah cukup untuk mempertahankan kejuaraan.
“Kita akan lihat perlumbaan di Austin macam mana. Saya dan pasukan akan bekerja keras untuk memberikan terbaik,” kata Verstappen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI