fbpx

Tiket bas di Terminal 17 laku ‘keras’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang konduktor bas sedang memeriksa status vaksinasi penumpang di Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Penjualan tiket bas di Terminal 17, Seksyen 17 di sini, mencatatkan jumlah luar biasa selepas kebenaran rentas negeri diumumkan kerajaan kelmarin.

Semakan mendapati lebih 2,000 tiket sudah terjual kepada penumpang sama ada menerusi kaunter dan secara atas talian seterusnya menghidupkan kembali industri pengangkutan bas.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, sebanyak 1,015 tiket sudah terjual di kaunter terminal berkenaan setakat ini.

Katanya, kira-kira 50 peratus penumpang rata-ratanya melibatkan perantau yang menuju ke Pantai Timur manakala selebihnya utara dan selatan tanah air.

“Jumlah tersebut tidak termasuk jualan tiket secara atas talian yang juga dalam anggaran jumlah sama.

“Penjualan sebelum ini hanya 700 tiket sekali gus menunjukkan bahawa sambutan luar biasa diterima selepas kebenaran rentas negeri diumumkan,” katanya ketika dihubungi hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI