fbpx

Tangisan rentas negeri dua beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar oleh @Tina Ozair berkongsi momen-momen sedih ayahnya bersama pak ciknya yang sudah lama tidak bertemu akibat Covid-19.

PETALING JAYA – Semalam, kerajaan menarik larangan rentas negeri di seluruh negara susulan kadar peratusan vaksinasi individu dewasa telah mencapai lebih 90 peratus.

Pengumuman berita itu telah disambut gembira oleh rakyat Malaysia sehingga tularnya sebuah video mengenai dua beradik yang sudah lama tidak berjumpa akibat larangan rentas negeri.

Satu video daripada @Tina Ozair di aplikasi TikTok telah berkongsi momen-momen pertemuan ayah dan pakciknya yang sudah lama tidak berjumpa akibat pandemik Covid-19.

Berdasarkan video berdurasi 52 saat itu, pertemuan tersebut menyebabkan ahli keluarga yang lain berasa sebak selepas melihat mereka berdua berpelukan dan saling menitiskan air mata kerana begitu merindui antara satu sama lain.

Ketika itu, anak-anak dan cucu-cucu yang melihat situasi itu juga tidak dapat mengawal perasaan kerana situasi itu begitu menyentuh hati dan difahamkan mereka berdua terpisah kerana seorang berada di Raub, manakala seorang lagi berada di Alor Setar.

Susulan daripada perkongsian itu, orang ramai turut berasa sebak dengan adegan tersebut.

“Sedih tengok video ini, sampai sekarang air mata tak berhenti. Kasih sayang adik-beradik, saya pun terikut-ikut menangis,” kata @Amyliazharr.

“Jalinan hubungan adik dan abang sejak kecil itu memang ikhlas, mungkin mereka terlalu rindu sangat sehingga menitis air mata apabila sebaik sahaja berpelukan,” jelas @leenshaz.

“Video ini paling sedih bila dapat kebenaran rentas negeri, dengan saya sekali menangis, saya harap adik-beradik ini sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki,” ujar @cik_ellaaa. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI