fbpx

Sumbangan PBSM Pulau Pinang turun 80 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (kiri) ketika melancarkan program Easy Transfer di Pejabat PBSM Cawangan Pulau Pinang, Jalan Grove di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Sumbangan orang ramai kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia Cawangan Pulau Pinang mengalami penurunan sehingga 80 peratus sejak Mac tahun lalu ekoran pandemik Covid-19.

Penyelarasnya, B. Jayadhurka berkata, situasi pandemik Covid-19 telah menyebabkan aktiviti mengumpul dana tahunan yang dianjurkan tidak dapat dijalankan dan ia menjadi antara faktor utama menyebabkan penyusutan dana.

“Kami berharap orang ramai termasuk syarikat korporat akan menyokong PBSM dengan membantu menyumbang dana untuk membolehkan kami membantu orang ramai yang memerlukan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran program Easy Transfer oleh Pengerusi Kebangsaan PBSM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pejabat PBSM Cawangan Pulau Pinang di sini.

Menurut Jayadhurka, bagi menambah dana, pihaknya menjalankan jualan barangan seperti pelitup muka, bekas air dan lain-lain secara dalam talian menerusi laman web PBSM. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI