SHAH ALAM – Kerajaan negeri menyasarkan penurunan kadar realistik pengangguran negeri berada di bawah empat peratus pada tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, sasaran itu ditetapkan berikutan sebanyak 4.4 peratus atau 165,000 penganggur dicatatkan setakat ini.
“Statistik itu sememangnya menunjukkan sedikit penurunan berbanding 4.5 peratus tahun pada lalu.
“Namun, kita mahu kadar pengangguran di Selangor berada di paras lebih rendah iaitu bawah empat peratus seperti yang dicatatkan pada 2019,” katanya selepas melancarkan program Jelajah Selangor Bekerja 2021 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini. -K! ONLINE