fbpx

Ramai `penentang’ vaksin Covid-19 golongan profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyedari ramai dalam kalangan mereka yang menentang penggunaan vaksin Covid-19 terdiri daripada golongan profesional dan bijak pandai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kerajaan juga sedia maklum mereka merupakan individu yang mempunyai pengaruh dalam kalangan rakyat.

“Kita maklum tentang mereka ini. Memang mereka berpengaruh, tetapi jika mereka tidak percaya kepada vaksin cubalah dengan mendapat jangkitan (Covid-19).

“Hanya dengan dapat jangkitan baru mereka tahu berapa perit berhadapan dengan nyawa bila berada pada tahap 4 dan 5 atau berada dalam ICU (unit rawatan rapi)

“Sebab itu kerajaan akan terus melakukan dakwah, daie, buat “engagement” dan akhirnya mereka kena buat keputusan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan, Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) bagaimana langkah kerajaan menangani ramai golongan bijak pandai termasuk doktor, agamawan dan peguam yang menentang penggunaan vaksin tanpa melanggar perihal hak asasi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI