fbpx

PTP terima kunjungan kapal kontena terbesar dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal kontena terbesar dunia selamat berlabuh di PTP baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), anggota Kumpulan MMC, menjadi pelabuhan pertama di rantau Asia Tenggara untuk menerima kehadiran salah satu daripada kapal kontena terbesar dunia, Ever Ace milik Evergreen Marine Corporation.

Ever Ace dengan panjang hampir 400 meter dan lebar 61.5 meter mampu belayar pada kelajuan sehingga 22.6 knot itu memiliki kapasiti 23,992 unit bersamaan 20 kaki (TEU).

Kapal tersebut sebelum ini berlabuh di Colombo, Sri Lanka sedang melaksanakan pelayaran sulungnya dalam misi perdagangan Asia-Eropah dan destinasi seterusnya ialah Kaohsiung, Taiwan.

Pengerusi PTP serta Pengarah Urusan Kumpulan MMC, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, kehadiran Ever Ace di pelabuhan mencerminkan keyakinan pengendali kapal terhadap kemampuan dan komitmen pihaknya dalam memenuhi keperluan pelanggan.

“Meskipun cabaran pandemik mendatangkan pelbagai masalah kepada industri pelabuhan global, PTP masih mampu merekodkan pertumbuhan organik.

“Prestasi ini berjaya meletakkan PTP pada kedudukan ke-15 dalam senarai pelabuhan terbaik dunia,” katanya dalam satu ­kenyataan.

Ever Ace dibina oleh Samsung Heavy Industries dari Korea Selatan dan diserahkan secara rasmi pada 28 Julai lalu.

Kapal jenis A itu dilengkapi dengan pelbagai teknologi serta reka bentuk mesra alam dan jimat bahan api.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen berkata, PTP akan terus memanfaatkan kedudukan strategiknya sebagai hab pemindahan serantau dan kelebihan daya saing dalam memberikan perkhidmatan berkualiti serta bernilai tambah untuk pelanggan.

“Selama bertahun-tahun, PTP telah berjaya memperkukuhkan kedudukannya menerusi pelaburan dalam peralatan baharu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI