fbpx

Perantau mula beli tiket untuk pulang ke kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mula beratur panjang bagi membeli tiket untuk pulang ke kampung masing-masing selepas kebenaran rentas negeri dikuatkuasakan semalam. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Terminal Larkin Sentral yang sebelum ini sunyi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19 kembali sibuk dengan kehadiran pengunjung.

Tinjauan mendapati kehadiran pengunjung ke Larkin Sentral adalah untuk membeli tiket bas untuk pulang ke kampung sebaik saja pengumuman dari Perdana Menteri membenarkan rentas negeri bermula 11 Oktober.

Pengurus Bangunan Larkin Sentral, Mohd. Helmi Mohd. Affendi ketika ditemui berkata, kehadiran orang ramai pada hari pertama sejak pengumuman oleh Perdana Menteri menampakkan tanda positif di Terminal Larkin Sentral kembali ‘bernyawa’.

“Sebaik penggumuman oleh Perdana Menteri, Larkin Sentral mula dikunjungi oleh orang ramai yang datang untuk membeli tiket bas.

“Dijangka kehadiran orang ramai akan bertambah pada cuti hujung minggu ini,” katanya kepada pemberita di Larkin Sentral di sini.

Mohd. Helmi berkata, anggota keselamatan akan ditambah bagi meningkatkan keselamatan orang ramai agar mematuhi SOP ketika berada di kawasan Larkin Sentral.

“SOP ketika membeli tiket ialah setiap penumpang dikhendaki menunjukkan sijil vaksinasi yang lengkap dua dos pada paparan MySejahtera kepada juru tiket di kaunter.

“Sekiranya sijil belum lengkap pada paparan Mysejahtera kerana belum cukup tempoh, maka petugas kaunter tidak akan mengeluarkan tiket perjalanan kepada pembeli tiket,” katanya.

Tambah Mohd. Helmi jumlah penumpang bas ekspres mencapai tujuh ribu sehari ketika belum berlaku pandemik Covid-19, tetapi ketika pandemik jumlah penumpang turun dengan drastik.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI