IPOH – Sasaran 80 peratus penduduk dewasa di negeri ini lengkap divaksin dicapai menerusi angka terbaru kelmarin sekali gus menepati sepertimana jangkaan.
Data yang dikeluarkan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Perak itu menunjukkan
80.2 peratus atau 1,494,272 penduduk dewasa telah menerima dua dos suntikan Covid-19.
Jumlah penerima dos pertama pula adalah 1,765,839 atau 94.8 peratus.
Pengerusi Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, vaksinasi harian pada Ahad lalu adalah seramai 16,277 orang.
“Alhamdulillah, Perak sudah melepasi 80 peratus vaksinasi.
“Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama, khususnya para petugas barisan hadapan,” ujarnya menerusi hantaran pada laman Facebook beliau. -K! ONLINE