fbpx

Kematian kekal bawah 100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Waris menziarahi kubur ahli keluarga, di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak, di sini hari ini - Foto SHIDDIEQIIN ZON

PUTRAJAYA – Negara kekal merekodkan kes kematian Covid-19 di bawah 100 dengan 93 kes dilaporkan, demikian data pada laman web CovidNow.

Maklumat yang dikemas kini setakat pukul 11.59 malam tadi memaparkan, tiada kes kematian sebenar dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Angka terbaharu ini menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di seluruh negara sebanyak 27,422 kes.

“Terdapat 16 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kes BID di seluruh negara sebanyak 5,530 kes,” menurut laman web tersebut di sini hari ini.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Pulau Pinang (26), Sarawak (14), Johor (8), Kuala Lumpur (7), Sabah (6), Kedah (5), Kelantan (5), Pahang (5), Selangor (4), Melaka (4), Perak (4), Terengganu (1), Negeri Sembilan (2) dan Perlis (2) serta tiada kematian di Labuan dan Putrajaya.

Pesakit sedang dirawat dan diasingkan merekodkan 112,379 kes melibatkan 88,645 kes dikuarantin di rumah, 15,356 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,622 kes di hospital, 359 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 397 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI