PELAKON Karanveer Khullar berasakan dia perlu kekal cergas untuk mendapatkan ketenangan dalam diri terutama sewaktu bekerja.
Ujar pelakon yang pernah membintangi filem Rocky Mental, Shreelancer and Tigers itu, kehidupan sehariannya sudah cukup memenatkan lebih-lebih lagi selepas bergelar bapa tunggal.
“Keadaan diri sendiri dengan watak yang saya lakonkan dalam setiap filem sangat berbeza. Jika berlakon, saya perlu menjadi orang lain dengan watak tertentu.
“Tapi dalam kehidupan sebenar, banyak perkara yang perlu saya tanggung lebih-lebih lagi selepas berpisah dengan isteri,” ujarnya.
Dia juga terpaksa membesarkan anak ‘istimewanya’ yang berusia empat tahun dan mengakui cabaran untuk mendidik kanak-kanak yang menghidap autism itu cukup mencabar.
“Untuk mengatasinya saya perlu sentiasa kekal aktif dan sihat supaya dapat melalui hari-hari dengan baik,” jelasnya.
Jelasnya, aktiviti kecergasan sedikit sebanyak membantu menjadikan dirinya merasa lebih tenang.