fbpx

Eric Clapton derma lebih RM5,000 kepada kumpulan antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Clapton (kiri) bergambar bersama McLaughlin (kanan). - Twitter

LOS ANGELES – Penyanyi rock veteran, Eric Clapton mendermakan wang sebanyak AS$1,360 (RM5,665) kepada sebuah kumpulan penyanyi yang merupakan golongan antivaksin, lapor akhbar New York Post semalam.

Clapton mendermakan wang tersebut kepada kumpulan rock Britain, Jam For Freedom menerusi laman kutipan dana,GoFundMe.

Derma  itu  bagi membantu membiayai yuran undang-undang yang dikenakan terhadap mereka kerana melanggar peraturan Covid-19 dalam satu acara ‘gig’.

Pengasas yang juga merupakan salah seorang anggota Jam For Freedom, Cambel McLaughlin berkata, pada mulanya dia menyangka wang yang diterima daripada Capton itu merupakan satu gurauan.

Dia bagaimanapun turut menerima pesanan ringkas daripada Clapton yang memujinya.

Clapton pada Mei lalu mendakwa bahawa dia menerima kesan sampingan yang sangat teruk selepas mendapat suntikan vaksin AstraZeneca.

“Tangan dan kaki saya membeku, kebas atau ‘terbakar’ serta tidak boleh berfungsi selama dua minggu. Saya bimbang tidak boleh membuat persembahan lagi,” demikian surat yang ditulis Clapton. 

Pada Julai lalu, Clapton membuat pengumuman terbuka dengan menyatakan bahawa  dia enggan membuat persembahan di lokasi yang memerlukan orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI